Al-Fatihah

to my grandma. :(

and my schoolmate Afif Asyraf (ex SAINA 0105)

Al-Fatihah.

read more at
Alin's post
Ain's post
about our friend afif asyraf.

anyway, cause of his death is because of Leptospirosis. read on




here's a tribute written by my friend.


Afif Asyraf, kau teristimewa…
Akan kami kenang selamanya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..
Mungkin banyak d antara kita hatinya “terusik” dan “terkilan”. “Terusik” kerana terkenang memori lampau bersama insan yg acapkali bersama kita sewaktu di alam sekolah menengah yg lalu, yg acapkali terlintas d depan mata kita suatu ketika dulu… Biarlah segalanya kekal segar di dalam kotak ingatan masing2 tanpa perlu kita kisahkan satu persatu. “Terkilan”, ada d antara kita pasti terkilan dek krn tak dapat menjenguk walau seketika sahabat yg acapkali meluangkan masanya untuk kita suatu ms yg lalu. Jika satu tika dulu kita sedih krn insan bernama Azmir Syazwan (Al-Fatihah..), hari ini kita terkedu meratapi kehilangan sahabat yg tak loket senyumannya, manis lesung pipitnya, indah pekertinya: saudara Afif Asyraf. Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati, itulah hukum wajib yang tak dapat di sangkal. Dan hakikatnya, pasti ada hikmah dsebalik ketentuan Ilahi ini.

Buat keluarga arwah, sekalung takziah sy ucapkan. Seorang ibu yg mengandung slm 9 bulan, kemudiannya bersabung nyawa melahirkan dan seorg bapa yg gigih siang dan mlm utk membesarkan , pasti mereka lebih merasai pemergiannya. Hari ini sy mnjd lebih menghargai. Bagaikan mimpi, baru saja sy mengetahui keadaan arwah pd tahap yg kritikan, hari ini sy terpaksa menghadapi yg insan ini telah pergi. YaAllah, hambamu ini sungguh kerdil. Engkau bukakan pintu hatiku untuk berfikir dan bermuhasabah setelah diri ini pernah hanyut suatu ketika dahulu. Mungkin inilah fitrah manusia yg mana bila sudah tiada baru dikenang. Alhamdulillah, sy dberi kesempatan bersenda gurau bersama arwah dan beberapa rakan yg lain semasa cuti musim panas yg lalu. Beliau seorang yg sering memenuhi permintaan dan pelawaan sahabat2nya walau dalam apa jua situasi. Beliau seorg sahabat yg mudah ddampingi oleh sesiapa shj.

Buat sahabat dan kenalan yg lain, niat dhati saya adalah sy mahu memberikan apa yg terbaik untuk kalian. Mungkin kelak hari sy dan kalian, usahlah d saat kehilangan nanti kita sekadar dkenang dan dhargai. Sebaliknya bawalah amalan yg baik sbg bekalan. Ayuh rapatkan saf, kita mulakan membentuk jemaah kita. Sy ingin menghargai kalian semua, sy ingin hidup bersama kalian sampai ke syurga.

Satu sikap arwah Afif Asyraf yg istimewa: MENGHARGAI KENALANNYA. Sy mahu mencontohi arwah dan sy mahu mengikuti sikap mulia arwah..sy mahu menghargai anda semua..sy berharap kita saling menghargai antara satu sama lain. Sekadar renungan, ayuh kita lakukan amar makruh dan hindari nahi mungkar krn itulah sebaik2 insan. Kita hakikatnya bukanlah sebaik2 insan namun berusahalah mnjd insan yg dsenangi sewaktu kita masih bernafas d bumi Allah ini. Sy menyeru rakan2 supaya kita lebih peka dan prihatin terutama kpd diri sendiri. Mungkin d masa akan dtg episod duka ini akan berulang dan tak mustahil ianya akan berlaku. Kita hidupkan kembali ukhwah kita, kita sumbangkan apa yg termampu untuk kebaikan kita dan org lain. Contohilah arwah, selalu memberikan sesuatu kpd kita dlm bentuk yg pelbagai.

Sy berdoa dmasa2 akan dtg kita dpt berkumpul dan berjuang bersama kembali. Mungkin ada d antara kita boleh menyumbang peranan dan sedikit tenaga. Kita hidupkan semula jalinan yg pernah terjalin suatu ketika dahulu kpd bentuk badan sosial untuk manfaat kita bersama. Mungkin suatu hari kelak keluarga besar kita ini mampu memberikan manfaat untuk kita semua. Semoga kita lebih menghargai…

p/s: Arwah adalah seorg simbol d dlm keluarga kita semasa hayatnya. Masih ingatkah ada d antara kalian mahu membina semula FORTRESS sbg badan perhubungan utk manfaat kita bersama? Arwah
adalah salah seorg d antaranya.. Bagaimana? Wallahua’lam..

AL-FATIHAH…


ps: Semoga mereka tergolong dalam golongan yang beriman. amin~

:(


powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme